27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Pemuda PAS tempelak kerajaan perpaduan tanpa perpaduan'

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS l Pemuda PAS menempelak kepimpinan kerajaan perpaduan yang didakwa sebagai tidak mempunyai perpaduan walaupun berada dalam satu gabungan kerajaan.

    Mengambil contoh kontroversi melibatkan ahli Parlimen DAP Teresa Kok yang menyaman Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh sebanyak RM25 juta susulan isu pensijilan halal, ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keadaan sedemikian menunjukkan kerajaan yang mentadbir Putrajaya hari ini tidak mempedulikan soal perpaduan.

    Afnan Hamimi Taib Azamudden

    "Sesama kerajaan perpaduan pun tidak ada perpaduan, hari ini Teresa Kok mengemukakan surat sama kepada ketua Pemuda Umno, padahal mereka daripada satu kerajaan yang sama.

    "Sepatutnya tidak dibuat begitu, tetapi ini menunjukkan sikap 'abang besar' DAP dalam kerajaan dan merekalah yang mengatur di sebalik semua ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Kerdau, Temerloh, malam tadi.

    Hadir sama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Semalam Malaysiakini melaporkan Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Akmal dengan menuntut ganti rugi RM25 juta.

    Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

    Dr Akmal Saleh

    Terdahulu Kok yang juga naib pengerusi DAP disiasat polis kerana berkata cadangan kerajaan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan arak akan membebankan perniaga dan boleh menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan.

    Afnan Hamimi yang juga ahli Parlimen Alor Setar mendakwa, kenyataan Kok hanya dianggap sebagai kenyataan peribadi oleh pemimpin kerajaan sedang ia melibatkan sensitiviti orang Islam.

    "Bagi saya pemimpin kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini tidak mempedulikan soal perpaduan. Sebab itu mereka menganggap kenyataan Teresa Kok sebagai kenyataan peribadi, sebenarnya ia kenyataan yang menyinggung hal ehwal orang Islam.

    MENARIK:  MA63: Rundingan tuntutan 40% hasil Sabah-Persekutuan dijadual pada 30 Jun

    "Jadi apabila mereka tidak mempedulikan perpaduan bagaimana mereka nak membentuk dan menyemai perpaduan rakyat," katanya.

    Tuan Ibrahim Tuan Man

    Tuan Ibrahim pula menyoroti pemerintahan PAS di beberapa kerajaan negeri sebagai model mewujudkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

    Sebagai contoh, kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu, di Kelantan hampir tiada isu membabitkan perkauman dan rakyat hidup saling hormat-menghormati.

    "Kita ada model pemerintahan di Kelantan, kita di kelantan hampir tiada isu tentang kaum. Kita boleh tengok kehidupan orang bukan Islam, kita benarkan mereka beribadah, patung Buddha tertinggi pun di Kelantan, mereka boleh mengamalkan agama dan saling hormat-menghormati.

    Gambar Hiasan - Patung Buddha di Kelantan

    "Saya rasa isu besar kita ialah mencurigai di kalangan rakyat kita tinggi. Salah satu faktornya adalah kerana bahasa, sebab itu bahasa kita kena garap bahasa Malaysia sebagai bahasa peranantara.

    "Kalau setiap kaum guna bahasa masing-masing ia akan timbul buruk sangka, orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham jadi akan timbul buruk sangka. Tapi kalau semua kaum satu bahasa ia akan mengurangkan buruk sangka," katanya ketika ditanya mengenai masalah perpaduan antara kaum.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah