28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin GRS tak jadi calon jangan sabotaj parti – Armizan

    Shopee Sale

    Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali mengingatkan pemimpin parti itu supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan tidak melakukan sabotaj terhadap parti sekiranya tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

    Armizan berkata sebaliknya mereka perlu menanam rasa tanggungjawab serta meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan demi kestabilan dan kekuatan GRS.

    “Jangan kerana kepentingan diri untuk menjadi calon, kita hancurkan perjuangan yang telah kita bina bersama sejak sekian lama.

    “Saya harap semua pemimpin mempunyai rasa tanggungjawab dan kesedaran untuk memastikan perjuangan parti sentiasa menjadi keutamaan.

    “Tindakan kita hari ini mencerminkan sejauh mana jati diri serta keikhlasan dalam perjuangan kita,” katanya pada sidang media di Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawang, di Papar hari ini.

    MENARIK:  Muhyiddin: Insiden pelajar ditikam bukti kegagalan moral seluruh kerajaan

    Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian ketika mengulas kemungkinan wujud tindakan sabotaj daripada mana-mana pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon GRS pada PRN Sabah ke-17 yang dijadual berlangsung pada 29 Nov ini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov, manakala pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah