Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilapor menutup pekarangan masuk ke kompleks beli-belah Sogo menjelang perhimpunan antirasuah yang dijadual bermula 2.30 petang hari ini.
Pekarangan masuk itu dihalang dengan pita merah-putih dengan notis turut dipasang bagi memaklumkan orang ramai bahawa mereka dilarang berkumpul dan menjalankan aktiviti di kawasan itu.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah dijadualkan bermula di hadapan pusat beli-belah itu sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka petang ini.
Sementara itu, Dataran Merdeka juga ditutup untuk kenderaan.

Penghadang dipasang di jalan masuk ke dataran berhampiran tempat parkir.





