30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam gesa siasat kes anjing cedera dibaling mercun di universiti

    Shopee Sale

    Seorang peguam hari ini menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat serangan terhadap anjing di universiti awam di Gombak.

    Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Rajesh Nagarajan menggesa pihak universiti menghukum pelajar yang bertanggungjawab.

    "Adalah mengejutkan bahawa pelajar dari universiti awam tempatan akan begitu tidak berhati perut untuk membaling mercun ke arah anjing untuk menghalang anjing tersebut masuk kampus mereka.

    “Anjing-anjing tersebut mengalami kecederaan melecur yang teruk seperti yang dinyatakan oleh doktor veterinar yang merawat kesemua anjing itu,” katanya.

    Tambahnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 terhadap pihak yang mencederakan anjing itu.

    Anjing-anjing itu telah ditemui oleh invididu bernama Shima Aris.

    Dia terjumpa catatan di laman Facebook yang memperincikan bagaimana seekor anjing yang cedera berkeliaran di sekitar kampus dengan sebahagian kepalanya cedera.

    "Ia bermula dengan catatan ini. Apabila saya menyelamatkannya (anjing pertama), kami tidak tahu bagaimana dia cedera.

    MENARIK:  Saya ‘gila’ kopi: Netanyahu nafi khabar angin dia sudah mati

    "Dan kemudian jumpa anjing lain. Luka yang sama. Kampus yang sama. Jadi saya cuba siasat lagi dan bertanya.

    "Dan kami mendapati kesatuan pelajar dan keselamatan kampus mereka telah menggunakan mercun untuk menghalang anjing liar," katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata penyelamatan pertama berlaku pada 3 Nov dan dia telah menyelamatkan 20 anjing dari kampus yang sama setakat ini.

    Kira-kira RM26,605.20 telah dibelanjakan untuk rawatan anjing itu setakat 14 Mac, katanya.

    Dia menjelaskan bahawa dia berjaya mengumpul wang melalui crowdfunding.

    Jelasnya, selepas anjing itu dirawat, mereka dihantar ke rumah angkat atau rumah tumpangan berbayar.

    Malaysiakini telah menghubungi pihak universiti itu untuk mendapatkan maklum balas.

    [Baca laporan asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah