31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasaran saham Asia merudum akibat tarif AS

    Shopee Sale

    Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    Setakat 02:11 GMT, indeks Nikkei 225 turun 6.04 peratus kepada 31,740, pulih daripada kejatuhan awal kepada paras terendah 18 bulan iaitu 30,629.50.

    Disebabkan turun naik harga yang mendadak, Bursa Saham Osaka mengenakan sekatan sementara ke atas dagangan niaga hadapan sekuriti kerajaan.

    Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 9.38 peratus kepada 20,740, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai jatuh 6.04 peratus kepada 3,140.11.

    MENARIK:  Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun

    Penganalisis mengaitkan kejatuhan indeks tersebut dengan pengenalan tarif oleh AS serta tarif balasan oleh China. Trump juga menandatangani perintah untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kereta penumpang, trak ringan dan alat ganti kereta mulai 3 April, dengan menyatakan langkah itu perlu untuk melindungi "keselamatan negara."

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah