26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS dulu pun sokong kuat Azam, kata Amirudin

    Shopee Sale

    Naib Presiden PKR, Amirudin Shari membidas sikap Dewan Pemuda PAS yang mendesak Nurul Izzah Anwar agar mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim menamatkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

    Amirudin mengingatkan PAS sendiri pernah menyokong Azam sebelum ini.

    "PAS dulu pun menyokong kuat Azam, sekarang minta berhenti pula. 'Munafik' juga PAS ini," sindirnya kepada pemberita pada satu sidang media di Selayang hari ini.

    Amirudin berkata demikian selepas diminta mengulas gesaan terbaru Dewan Pemuda PAS Malaysia agar Nurul Izzah, yang juga timbalan presiden PKR bersuara terhadap pelanjutan kontrak Azam.

    Amirudin turut menjelaskan soal lanjutan kontrak Azam masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan secara serta-merta.

    "(Desakan Nurul tidak menyambung kontrak Azam) dalam perbincangan, bukan segera," katanya.

    Sebelum ini, PAS menuntut Nurul menyatakan pendirian jelas terhadap pelantikan semula Azam, selaras dengan ketegasannya ketika kempen Pemilihan PKR.

    MENARIK:  Polis tahan bekas wartawan FMT bawah akta hasutan

    Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin menegaskan penyambungan kontrak Azam selama setahun lagi mencetuskan semula kebimbangan awam berkaitan integriti SPRM, susulan kontroversi terdahulu membabitkan pemilikan saham.

    Pada 10 Mei lalu, Nurul Izzah berkata secara terbuka bahawa keputusan melantik semula Azam buat kali ketiga sebagai ketua pesuruhjaya SPRM sebagai sesuatu yang "tidak dialu-alukan".

    "Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku.

    "Kita memerlukan keberanian penjawat awam, pimpinan serta anggota parti dan lainnya untuk memastikan kita punyai kekuatan iltizam untuk membuat pilihan baru," katanya menerusi hantaran di platform X.

    Sementara itu, Anwar mempertahankan pelanjutan kontrak Azam berkata dia tidak menolak teguran yang timbul namun yakin SPRM di bawah pimpinan Azam telah menunjukkan “keberanian luar biasa” dalam membanteras rasuah berskala besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah