29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Papan tanda: Kedah mahu wajibkan Jawi, larang gambar seksi

    Shopee Sale

    Kerajaan Kedah pimpinan PAS sedang merancang untuk mewajibkan penggunaan jawi dalam papan tanda di negeri itu.

    Tulisan itu akan menjadi gandingan kepada tulisan rumi sebagai tulisan pertama, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

    “Sekarang ini pun dah banyak  papan tanda yang mula menulis tulisan jawi sebagai tulisan kedua. 

    “Lagipun sudah ada undang-undang kecil yang menggalakkan penggunaan tulisan jadi di papan tanda,” kata exco perumahan dan kerajaan tempatan Mansor Zakaria.

    Tulisan ketiga juga dibenarkan sebagai tambahan.

    “Sebelum ini terdapat papan tanda yang hanya ditulis menggunakan bahasa Cina keseluruhannya. 

    MENARIK:  Rezeki berganda: Bagaimana pinjaman RM5,000 ubah hidup wanita

    “Jadi dengan peraturan yang bakal kita laksanakan nanti, perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi,” tambahnya.

    Katanya, perkara itu telah dibincangkan dengan Darul Aman Media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bulan lepas.

    Darul Aman Media ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah

    yang diberi kuasa untuk penguatkuasaan urusan berkenaan.

    Sementara itu, cadangan penguatkuasaan ini juga termasuk larangan memaparkan gambar wanita seksi, bahan larangan, berbaur hasutan, perkauman dan gambar senjata berbahaya.

    Setakat ini, lapor Harakahdaily, telah banyak papan tanda menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan kedua pada iklan masing-masing. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah