26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Operasi cari mangsa tanah jerlus diteruskan di loji Pantai Dalam – DBKL

    Shopee Sale

    Penggunaan alat push rod dan crawler camera di lurang satu hingga ke lurang yang terletak di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, tidak membuahkan hasil.

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kaedah itu dilaksanakan selepas kaedah ‘jetting’ pada saluran paip kumbahan dan lurang dilaksanakan sejak petang semalam hingga 6.30 pagi tadi.

    “Kerja jetting bagi memecahkan debris berjaya mengeluarkan sebarang ‘halangan’, bagaimanapun pemeriksaan menggunakan push rod dan crawler camera di lurang satu ke lurang di hadapan Wisma Yakin bagi mengesan kebarangkalian lokasi mangsa terperanangkap adalah negatif,” menurut kenyataan itu.

    Berikutan itu pasukan operasi mencari diteruskan di kawasan end point di loji Pantai Dalam, manakala pencarian di kawasan Jalan Masjid India diperluaskan sehingga ke kawasan kaki lima jalan berkenaan.

    MENARIK:  Bumiputera gagal manfaatkan industri eksport durian, kata Mat Sabu

    Hari ini merupakan hari kelima misi mencari pelancong dari Kuppam, Andhra Pardesh yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh kedalam lubang sedalam lapan meter yang terhasil akibat kejadian tanah jerlus.

    Semalam Bernama melaporkan mesin jetter atau jet pembetung berkuasa tinggi kini digunakan bagi memecah sisa batuan yang terdapat di lurang di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini dalam usaha mencari Vijayaletcumy.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah