Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai penasihat strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).
Pengumuman itu dimumkan di media sosial syarikat berkaitan kerajaan negeri itu sempena sambutan 10 tahunnya semalam.
Nurul Izzah dilantik atas kapasitinya sebagai pengerusi eksekutif Polity, badan pemikir yang baru ditubuhkan.
Turut dilantik ke kedudukan sama ialah bekas naib presiden NVIDIA Corp dan Foxconn Lai Yit Loong dan Pengarah Foxconn Chiang Shang-Yi.
Sambutan 10 tahun Sidec malam tadi dirasmikan oleh Menteri Besar Amirudin Shari.





