26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO hak asasi kesal pindaan CMA diluluskan

    Shopee Sale

    Kumpulan hak asasi manusia, Article 19, menyuarakan rasa kecewa terhadap pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Menurutnya, masih terdapat banyak isu dengan pindaan tersebut yang diluluskan melalui undi belah bahagi di Dewan Rakyat petang ini.

    “Langkah ke belakang ini menghalang kemajuan dan menyekat kebebasan individu, membawa kepada sebuah masyarakat di mana perbezaan pendapat disenyapkan dan ketelusan semakin sukar dicapai,” kata NGO yang memperjuangkan kebebasan bersuara itu.

    Semasa undi belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini, seramai 59 phli parlimen menyokong rang undang-undang pindaan tersebut, 40 menentang, manakala satu undi berkecuali. Seramai 122 Ahli Parlimen pula tidak hadir.

    Gesaan beberapa ahli parlimen daripada kedua-dua belah blok untuk menangguhkan rang undang-undang tersebut bagi dirujuk ke jawatankuasa khas tidak diendahkan.

    MENARIK:  PAC: Kementerian Sumber Manusia salah tafsir syor ke atas HRD Corp

    Rang undang-undang itu memperkenalkan beberapa pindaan kepada akta tersebut, termasuk Seksyen 233 yang menjenayahkan pelbagai penyalahgunaan perkhidmatan internet yang menurut pengkritik terlalu luas, kabur, dan subjektif.

    Ini termasuk menambah huraian pada Seksyen 233 untuk menjelaskan apa yang mungkin dianggap sebagai kesalahan di bawah undang-undang berkenaan, walaupun hal ini dikritik kerana kekaburannya.

    Pada 3 Dis, Article 19 dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengeluarkan kenyataan bersama bagi menggesa Rang Undang-undang itu ditangguhkan bagi membolehkan rundingan dengan pihak berkepentingan.

    Mereka menyuarakan kebimbangan bahawa pindaan itu akan memberi kuasa yang lebih besar kepada menteri komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tanpa pengawasan yang mencukupi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah