26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nahas lori FRU: Polis umum identiti sembilan mangsa

    Shopee Sale

    Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam telah dikenal pasti.

    Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan daripada mereka berasal dari Perak dan seorang dari Kedah.

    Beliau berkata mereka terdiri daripada Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar); dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).

    MENARIK:  Dihalang masuk Sabah, Tei hantar notis tuntut penjelasan Hajiji

    Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, tahun dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.

    Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah