28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    M’sia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua bertenang

    Shopee Sale

    Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan semalam juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau berkenaan supaya sentiasa berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

    “Mereka juga diminta supaya sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan dan disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya,” katanya.

    Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran di alamat No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau hubungi talian +98 21 880724444 atau +98 21 88078606, juga menerusi e-mel [email protected] atau [email protected].

    Media melaporkan letupan kedengaran di beberapa bandar di Iran awal Jumaat di tengah-tengah dakwaan serangan dilakukan Israel ke atas Iran.

    Letupan dilaporkan berlaku di Isfahan dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

    MENARIK:  Walau tiada RCI tapi Loke janji DAP akan terus pantau kes 'mafia korporat'

    Ketegangan antara Iran dan Israel meningkat selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya.

    Israel berkata akan ia bertindak balas secara ketenteraan kepada serangan Iran hujung minggu lepas.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah