27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    M'sia kutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke Palestin

    Shopee Sale

    Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara pada 13 Julai di kem pelarian al-Mawasi yang meragut banyak nyawa tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan orang yang lain.

    Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan serangan keji dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di kawasan yang ditetapkan oleh Israel sebagai zon selamat untuk rakyat Palestin, menunjukkan pengabaian dan tindakan tidak menghormati nyawa manusia.

    "Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.

    "Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan dan kekejaman yang berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel,” menurut kenyataan itu.

    Wisma Putra menekankan bahawa keganasan yang berterusan itu secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024) yang menyeru untuk menghentikan segera peperanangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza.

    MENARIK:  Saman isu buku: Malang sekali tiada tindakan pada Yeoh - bekas pegawai Iksim

    Ia seterusnya menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan Israel dan menuntut pemimpin-pemimpin Israel bertanggungjawab ke atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah