29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri luar China, Rusia bincang situasi Iran

    Shopee Sale

    China kekal dengan pendirian konsisten dalam mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menolak penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.

    Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu susulan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Rusia Sergei Lavrov menerusi panggilan telefon pada Ahad.

    Majlis Keselamatan PBB pada Sabtu mengadakan mesyuarat tergempar berhubung situasi semasa di Iran, atas dorongan China dan Rusia.

    Wang berkata, China berpendirian bahawa operasi ketenteraan perlu dihentikan serta-merta bagi mencegah api peperanangan daripada terus merebak.

    MENARIK:  Deepavali: Aliran trafik terkawal walaupun kenderaan bertambah

    Pihak-pihak terbabit harus kembali ke meja rundingan secepat mungkin, kata beliau sambil menambah bahawa sebarang bentuk tindakan unilateral perlu ditolak.

    Sementara itu, Lavrov menyatakan bahawa Rusia berkongsi pendirian sama dengan China serta bersedia memperkukuh koordinasi dan komunikasi dengan China bagi menghantar isyarat yang jelas melalui platform seperti PBB dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dalam menggesa penghentian permusuhan dan kembali ke landasan diplomasi.

    Bernama-CMG

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah