27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mekanik dijatuhi hukuman mati, edar syabu hampur 200kg

    Shopee Sale

    Seorang mekanik lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di Tawau hari ini kerana mengedar dadah jenis syabu seberat 199,950.1 gram tiga tahun lepas.

    Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Dalam penghakimannya Lim berkata walaupun kesalahan pertama tertuduh, kes itu merupakan tangkapan melibatkan jumlah dadah terbesar di Sabah.

    Beliau berkata jumlah dadah dalam kes itu melebihi jumlah terkumpul dalam kesemua lima kes dadah yang dibicarakan di mahkamah berkenaan sepanjang tiga tahun lepas.

    “Tertuduh tidak menunjukkan sebarang penyesalan dan tidak memberi respons begitu juga peguam bela, meskipun diberi peluang oleh mahkamah untuk menyatakan sesuatu sebelum dijatuhi hukuman,” katanya.

    Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dalam hujahnya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman mati dikenakan mengambil kira jumlah dadah terlibat dan kepentingan awam.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengedar dadah itu di Kampung Batu Payung di Tawau pada 7.30 pagi 6 Sept 2021.

    Tai dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang 15 sebatan.

    MENARIK:  Muhyiddin: Kini suara keramat rakyat mahu kamu turun, Anwar

    Dia telah didakwa pada 13 Okt 2021 dan seramai lima saksi pendakwaan dan hanya tertuduh dipanggil sebagai saksi pembelaan telah memberikan keterangan.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Hurman dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

    Keputusan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Tawau ini merupakan kali pertama selepas Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dikuatkuasakan pada 4 Julai tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah