25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC nafi minta Tik Tok buang video 'bakal PM'

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan agensi itu meminta Tik Tok membuang hampir 20 video daripada akaun milik Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

    "MCMC dengan tegas menyatakan bahawa ia tidak pernah mengemukakan sebarang permintaan kepada TikTok untuk mengalih keluar kandungan seperti yang didakwa.

    "Pengguna yang terjejas digalakkan untuk menghubungi terus TikTok Malaysia di [email protected] untuk sebarang penjelasan berhubung perkara ini," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Agensi itu menambah ia memandang serius "dakwaan tidak berasas" oleh ketua penerangan PAS Selangor Zurk Ahmad kerana ia bukan sahaja mengelirukan tetapi juga merosakkan imej MCMC.

    Dalam satu kenyataan semalam, Zurk mempersoalkan tindakan menyingkirkan video daripada akaun Tik Tok Samsuri, sedangkan ia langsung tidak menyentuh sensitiviti 3R (bangsa, agama, royalti).

    MENARIK:  Kastam Pahang rampas lebih 400 basikal elektrik

    “Jika lawan, dibisukan. Itulah akibatnya bersuara di bawah rejim Madani.

    “Akibat kepada negara, jatuh 34 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

    "Keadaan kerajaan hari ini bagai retak menanti belah. Hampir semua tindakan kerajaan gagal dan dikritik rakyat serta negara luar.," kata Zurk.

    Walaupun Zurk tidak secara jelas menamakan SKMM sebagai pihak bertanggungjawab ke atas penyingkiran video tersebut, dia menyifatkan bahawa kerajaan dan agensinya mengawasi media sosial milik rakyat, termasuk pemimpin pembangkang.

    Dia turut menyebut mengenai jumlah video yang dikeluarkan oleh Facebook dan TikTok, atas permintaan MCMC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah