31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCMC berhubung dengan Tiktok isu 18 akaun media disekat 

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata menurut maklumat awal diterimanya daripada pihak TikTok, akaun-akaun berkenaan disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali baru-baru ini yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.

    “Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.

    MENARIK:  Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam takungan air

    “Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kursus pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah