29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB Perlis: Hubungan kerajaan negeri-Putrajaya ‘amat baik’

    Shopee Sale

    Di sebalik perbezaan parti, hubungan di antara Perlis dan Putrajaya dilaporkan berjalan lancar, termasuk beberapa aspek yang dianggap "amat baik" oleh menteri besar negeri itu, Mohd Shukri Ramli.

    Dipetik lidah rasmi PAS, harakahdaily, Mohd Shukri berkata, kerjasama yang erat itu terhasil termasuk dalam bidan pendidikan, kesihatan dan keselamatan, khususnya kerana Perlis terletak di sempadan negara.

    Katanya pbagi program yang dianjurkan agensi kerajaan negeri, pegawai-pegawai kerajaan pusat turut dijemput hadir.

    "Untuk kemasukan pemimpin Perlis ke sekolah di bawah kementerian pula, kita (PAS-PN) boleh hadir tetapi perlu mohon lebih awal, kecuali dalam kes-kes tertentu," katanya dalam temu bual disiarkan portal itu hari ini.

    Perlis merupakan satu daripada empat negeri yang ditadbir PN. Tiga negeri lain ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

    Bagaimanapun di semua negeri terbabit, kerajaannya diketuai PAS.

    MENARIK:  1,600 anggota keselamatan kawal perlawanan M’sia, Indonesia malam ini

    Untuk rekod Mohd Shukri mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar.

    Pesuruhjaya PAS Perlis itu menganggap pertemuan tersebut berlangsung dengan baik.

    Menurut Mohd Shukri isu hanya timbul dari segi mendapatkan kelulusan dari Putrajaya.

    "Manakala hubungan dengan pentadbiran pusat pula, kita tiada masalah cuma aspek kelulusan peruntukan daripada kerajaan Pusat," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah