26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang

    Shopee Sale

    Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau.

    Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

    “Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

    Muhammad Idzam berkata setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh.

    MENARIK:  Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - polis

    Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4.

    Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah