27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAP desak PM bahaskan isu jemputan Putrajaya buat Trump

    Shopee Sale

    Parti Kemajuan Malaysia (MAP) menggesa Anwar Ibrahim mengadakan sidang khas parlimen bagi membincangkan kehadiran Presiden As, Donald Trump, pada Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur bulan depan.

    Presiden MAP, P Waythamoorthy, berkata keputusan untuk menjemput Trump telah mencetuskan bantahan meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, justeru lapangan yang sesuai untuk isu tersebut dibincangkan ialah forum demokrasi tertinggi negara.

    Malahan Waythamoorthy mencadangkan agar perbahasan itu dijadualkan pada 6 Okt ini, iaitu hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi sesi mesyuarat ketiga penggal keempat parlimen.

    Sidang itu akan bermula Isnin ini dan berlanjutan sehingga 4 Dis.

    "Parlimen bukan sekadar dewan berkaitan urusan kerajaan sebaliknya ia adalah denyut nadi demokrasi kita untuk kebenaran diuji dengan hujah, dan dasar diukur dengan hati nurani," katanya.

    Dia menegaskan bahawa perbahasan itu akan membawa beberapa faedah penting seperti meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kebimbangan mereka tidak abaikan sebaliknya ditangani secara telus, serta membolehkan kerajaan menjelaskan alasan jemputan kepada Trump dibuat.

    Selain itu, kata Waythamoorthy, ia akan memberi ruang kepada pembangkang membangkitkan kelemahan kerajaan bagi memastikan wujud keseimbangan pandangan.

    Lebih penting, katanya, sesi tersebut akan mengesahkan bahawa Malaysia tidak takut kepada perbincangan sebaliknya melangkah ke depan bersama amala itu bagi membuktikan demokrasi terlaksana di negara ini.

    MENARIK:  Tabung bencana DAP diwujudkan atas permintaan orang ramai - Loke

    "Perdana menteri, anda sering bercakap tentang keperluan untuk nilai-nilai madani - keadilan, belas kasihan, dan akauntabiliti.

    "Dengan menerima perbahasan terbuka, anda bukan sahaja akan menunjukkan keyakinan terhadap keputusan anda sendiri tetapi juga menjunjung hak rakyat untuk melihat bahawa tiada ahli parlimen - sama ada blok kerajaan atau pembangkang - didiamkan atau dihalang daripada bercakap secara bebas.

    “Biar sidang parlimen pada 6 Okt ini dimulakan dengan mesej yang kuat: bahawa Malaysia tidak takut untuk diteliti, bahawa kita lebih kuat dengan perbezaan kita, dan kebebasan bersuara di parlimen bukanlah halangan tetapi inti pati dan kekuatan demokrasi.

    "Rakyat berhak untuk mempersoalkan sesuatu, mencabar dan akhirnya mengukuhkan kerajaan melalui dialog. Oleh itu, saya dengan hormat menyeru agar anda mengutamakan perbahasan ini," katanya.

    Anwar setakat ini berpendirian teguh dengan keputusan menjemput Trump menghadiri sidang kemuncak tersebut, manakala PAS membuat persediaan bagi mengadakan protes membantah ekoran sokongan diberikan Washington kepada Israel.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah