29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia kini stabil, Melayu Islam beralih sokongan ke Madani – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa keyakinan beliau terhadap kestabilan semasa dan masa hadapan negara, memetik peralihan politik yang positif dan sokongan orang ramai yang semakin meningkat terhadap kerajaan.

    Dalam temu bual bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa peralihan dalam sokongan orang ramai, terutamanya daripada orang Melayu Islam luar bandar kepada parti kerajaan sejak kebelakangan ini dan pilihan raya kecil baru-baru ini.

    “Saya rasa stabil buat masa ini dan untuk masa akan datang,” kata Anwar sambil menambah bahawa peralihan sokongan mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam pendekatan pentadbirannya.

    MENARIK:  200 kali tekan tubi: Tangan pelajar bengkak dakwa dibuli di asrama

    Petikan daripada temu bual telah dikongsi oleh Quest dalam akaun X.

    Bagaimanapun, Anwar berkata kestabilan itu tidak boleh digunakan untuk mengukuhkan elitis politik, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat.

    “Adalah penting untuk memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kestabilan ini adalah untuk mereka,” katanya sambil menyatakan keperluan untuk dasar yang jelas dan cekap, serta tumpuan kepada tadbir urus yang baik,” kata beliau.

    Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah