27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia, 15 negara bimbang keselamatan Flotila Sumud Global menuju Gaza

    Shopee Sale

    Malaysia dan 15 lagi negara menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan Flotila Sumud Global, sebuah inisiatif masyarakat sivil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

    Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, menteri-menteri luar negara terbabit menegaskan sokongan mereka terhadap misi kemanusiaan itu yang turut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendesak rakyat Palestin serta menggesa penghentian peranang di Gaza.

    “Objektif keamanan, penyampaian bantuan kemanusiaan, dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa adalah dikongsi oleh kerajaan kami,” menurut kenyataan itu.

    Para menteri menggesa semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang atau keganasan terhadap flotila berkenaan dan menekankan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    MENARIK:  PAS sokong kempen 'Malaysia Sifar Aids 2030'

    Mereka turut memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia peserta flotila, termasuk serangan ke atas kapal di perairan antarabangsa atau penahanan secara tidak sah, pelakunya perlu dipertanggungjawabkan.

    Menteri-menteri luar yang menandatangani kenyataan itu adalah dari Bangladesh, Brazil, Colombia, Indonesia, Ireland, Libya, Malaysia, Maldives, Mexico, Pakistan, Qatar, Oman, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol dan Turkiye.

    Flotila Sumud Global yang disertai warganegara daripada negara-negara berkenaan telah belayar dengan matlamat menyalurkan bantuan ke Gaza serta memperkukuh desakan bagi keamanan di wilayah yang dilanda konflik itu.

    Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Jabatan Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama (Dirco) Afrika Selatan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah