30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah perintah tanah amanah Mahathir, tiga lain diserah ke Umno

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota dipindah milik kepada Umno.

    Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Umno, memaklumkan bahawa parti itu dan responden (Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) telah bersetuju menyelesaikan kes tersebut menerusi penghakiman persetujuan.

    "Oleh itu, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak dan (perletakkan hak tanah tersebut) dalam tempoh 30 hari," katanya pada prosiding yang turut dihadiri seorang lagi peguam Umno iaitu Norhazira Abu Haiyan.

    Berdasarkan draf perintah persetujuan yang diperoleh media, pemilikan tanah itu didaftarkan atas nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Jund sebagai pemegang amanah, diletak hak dan didaftarkan atas nama Umno dengan semua hak, kepentingan serta milikan ke atasnya selaras dengan peruntukan Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966.

    Pada 6 Mac lepas, Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan memfailkan saman pemula bagi memohon perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftar atas nama empat pemegang amanah berkenaan dipindahkan kepada Umno mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

    Selain itu, Umno memohon Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan melaksanakan perintah tersebut dengan membuat memorial di dalam dokumen hak milik.

    MENARIK:  Malaysia, Turkiye bertukar 11 MOU liputi tenaga, pertahanan, perdagangan, media

    Menerusi afidavit sokongan, Mohd Sumali berkata berdasarkan Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Okt 2015 bagi hartanah itu yang disertakan dengan Surat Akuan bertarikh 22 Okt 2015 disahkan dan ditandatangani oleh keempat-empat pemimpin.

    "Dua pemegang amanah telah meninggal dunia iaitu Sanusi pada 9 Mac 2018 dan Daim pada 13 Nov 2024. Kematian Daim telah diketahui umum berikutan penyebaran berita tersebut di pelbagai platform sama ada luar talian mahupun dalam talian termasuk media sosial, portal berita, surat khabar, radio dan televisyen," katanya.

    Beliau berkata pemegang jawatan Umno yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Umno telah bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Dis 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut daripada pemegang-pemegang amanah terdahulu kepada parti itu.

    Mohd Sumali berkata melalui surat bertarikh 28 Dis 2015 daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan untuk kebenaran pindah milik daripada pemegang amanah terbabit kepada Umno.

    "Bagaimanapun, ketika proses untuk pindah milik melalui Borang 14A bertarikh 25 April 2016 dilakukan dan diserahkan oleh peguam plaintif kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, permohonan Borang 14A tersebut telah ditolak pada 18 Mei 2017 atas alasan nama seperti di dalam geran hartanah adalah tidak sama seperti dalam kad pengenalan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah