27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima mangsa kebakaran dikejarkan ke Hospital Putrajaya

    Shopee Sale

    Lima mangsa kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights Subang Jaya, Selangor, dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, setakat ini.

    Bernama difahamkan kesemua mangsa tiba di hospital berkenaan antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi tadi.

    Kesemua mereka mengalami pelbagai tahap kecederaan dan keadaan mangsa masih dalam pemantauan pasukan perubatan.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi.

    Menurut beliau, kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api marak menjulang tinggi dan operasi pemindahan penduduk turut dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

    MENARIK:  RTM hentikan siaran animasi Cleopatra in Space

    Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan ringan ditempatkan di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya untuk menerima rawatan awal daripada petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

    Setakat 11 pagi, sebanyak 30 orang menerima rawatan awal dan beberapa orang dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

    Kerajaan Selangor telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa.

    Selain masjid itu, Masjid Al-Falah USJ 9 di Subang Jaya turut menawarkan premisnya kepada individu atau keluarga yang terkesan yang memerlukan tempat untuk berehat serta berlindung sementara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah