29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Letupan, gegaran di Ipoh bukan letupan kuari atau latihan polis'

    Shopee Sale

    Polis sedang menyiasat laporan mengenai bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh pagi tadi.

    Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris (gambar atas) berkata punca kejadian tersebut masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.

    Jelasnya, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.

    Semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga kata Azizi mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum pukul 12 tengah hari.

    “Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.

    “Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya pada kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Gangguan LRT: Keperluan memperkukuh tadbir urus operasi sistem rel bandar

    Terdahulu, penduduk Ipoh dilaporkan cemas selepas merasa gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman.

    Media melaporkan gegaran dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.

    Pengguna media sosial turut mendakwa kejadian sama berlaku di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta turut dirasai pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah