29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lawatan PM ke Afrika guna pesawat sewaan khas bagi jimat kos, masa’

    Shopee Sale

    Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara di benua Afrika bermula esok, akan menggunakan pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bagi menjimatkan masa dan kos.

    Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata keputusan itu dibuat, kerana delegasi rasmi dan rombongan perniagaan yang menyertai misi berkenaan mempunyai jadual padat sepanjang lawatan rasmi ke Ethiopia dan Kenya serta lawatan kerja ke Afrika Selatan dari 18 hingga 24 Nov, tanpa ruang transit.

    Beliau menjelaskan bahawa penggunaan pesawat sewaan khas turut membolehkan kapasiti yang lebih besar bagi membawa delegasi tambahan dalam lawatan ketiga-tiga negara tersebut.

    “Kalau kita menggunakan penerbangan eksekutif kerajaan, perjalanan mengambil masa 13 jam dan kapasiti pesawat itu juga terhad.

    MENARIK:  Kes kematian Palapes UTM: Peguam gesa inkues, persoal AG 'membisu'

    “Dengan pesawat sewaan khas, masa perjalanan dapat dikurangkan dan kosnya juga terkawal. Kos menyewa pesawat khas ini juga lebih ekonomik berbanding operasi penuh pesawat kerajaan,” katanya pada sesi taklimat bersama media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah