27.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Langkah hapus pencen tak Madani, kata Hadi

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Abdul Hadi Awang hari ini mengkritik Putrajaya yang menggunakan slogan "Madani" namun pada masa sama merancang untuk menghapuskan sistem pencen anggota perkhidmatan awam.

    Menurut ahli parlimen Marang itu, penghapusan pencen penjawat awam adalah bertentangan dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

    Presiden PAS itu mendakwa skim pencen telah diperkenalkan oleh nabi ketika baginda menjadi ketua negara Islam pertama di Madinah.

    "Satu contoh yang perlu diambil perhatian: cadangan menghapuskan pencen pesara tak wajar dibangkitkan dan tak Madani," katanya.

    Tambah Abdul Hadi jasa kakitangan awam perlu dinilai bukan dari segi material saja sebaliknya jasa dan khidmat mereka kepada negara selama ini.

    Katannya Nabi Muhammad telah menetapkan imbuhan - yang boleh dianggap pencen - kepada penjawat awam di Madinah dan ia kemudian diteruskan selepas baginda wafat.

    MENARIK:  Pegawai imigresen KLIA 'kantoi' selit 12 pasport di pinggang

    "Nabi ambil iktibar ini dengan mengadakan pencen kepada pesara-pesara. Setelah meninggal dunia (pencen diberikan) kepada keluarga mereka... ini iktibar yang sangat menarik," katanya.

    Abdul Hadi berkata demikian semasa berucap membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Paduka di Dewan Rakyat awal hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah