32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kuda Kepang: Johor perkenal garis panduan elak amalan langgar syarak

    Shopee Sale

    Kerajaan Johor akan memperkenalkan garis panduan baru bagi memastikan semua aktiviti, termasuk kebudayaan, bebas daripada amalan bertentangan syarak seperti unsur pemujaan dalam Kuda Kepang yang berlaku di Batu Pahat, baru-baru ini.

    Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata garis panduan itu akan menjadi rujukan jelas kepada penganjur agar setiap aktiviti yang dijalankan selaras syariat Islam. 

    Dia berkata usaha tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

    "Garis panduan ini akan diperkenalkan yang sifatnya adalah lebih umum meliputi semua aktiviti. Ia tidak kira aspek kebudayaan mahupun sukan," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat dan Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Johor ke Timur Tengah di Eko Galleria di Iskandar Puteri, hari ini.

    Dalam pada itu, Mohd Fared berkata sebarang aktiviti yang mempunyai unsur pemujaan, sajian dan berupaya membuatkan seseorang hilang kewarasan adalah ditentang.

    "Jika anak-anak darjah dua (contohnya) mahu membuat persembahan Kuda Kepang, mereka ada buat pemujaan tak? Jika tidak ada (jawapannya) boleh buat persembahan. Sebarang budaya yang menepati syarak ia diharuskan. 

    MENARIK:  Belajar dari isu Lynas, didik rakyat tentang tenaga nuklear - Tuan Ibrahim

    “Jadi seperti yang saya katakan jangan beri tumpuan hanya kepada Kuda Kepang sahaja tetapi semua," katanya.

    Mohd Fared berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerima kira-kira 10 aduan melibatkan amalan pemujaan termasuk membeli nombor ekor, bomoh dan ritual tertentu dalam tempoh dua tahun ini.

    Justeru, dia menegaskan pihaknya akan terus memantau dan mempergiat penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang aktiviti bertentangan ajaran Islam.

    Sebelum ini, tular video bertajuk ‘Show Puja Jin Batu Pahat’ berdurasi satu minit di media sosial yang memaparkan upacara dipercayai berkaitan tarian Kuda Kepang.

    Pada Selasa lalu, tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah atas pertuduhan terbabit dalam upacara pemujaan dikaitkan dengan video tular tersebut.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah