26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPM: Kanak-kanak tanpa dokumen boleh masuk 'pusat bimbingan alternatif'

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kanak-kanak tanpa dokumen sah dan merupakan anak kepada ibu bapa bukan warga Malaysia layak untuk memasuki "pusat bimbingan alternatif" swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM), menurut timbalan menterinya Wong Kah Woh.

    Menurut Wong, pada masa ini seramai 1,801 kanak-kanak telah berdaftar dengan 18 pusat asuhan tersebut yang terletak di pelbagai negeri, antaranya Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan.

    "Bagi kanak-kanak yang tidak layak mengikuti pelajaran di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, KPM pada 22 Jun 2020 meluluskan satu dasar yang membenarkan kanak-kanak bukan warganegagara yang ibu bapanya bukan warganegara untuk mendapatkan pendidikan secara tidak formal.

    "Pusat pendidikan alternatif ini (dikendalikan) melalui agensi dan NGO," kata Wong ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen, ketika sesi perbahasan laporan tahunan Suhakam di Dewan Rakyat, hari ini.

    Tiada pusat seumpama itu yang berdaftar dengan KPM yang beroperasi di Sabah dan Sarawak pada masa ini.

    Namun, Wong berkata Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow Kit yang diwujudkan KPM sejak 2013 telah dikembangkan ke Sabah sejak tahun lalu, dengan pelajar dikenakan syarat memiliki sekurang-kurangnya ibu atau bapa berstatus warga.

    MENARIK:  Akta rokok akan beri impak positif pada kelestarian alam - Lukanisman

    Di Sabah, sejumlah NGO termasuk Borneo Komrad telah mengendalikan pusat pendidikan untuk kanak-kanak yang tiada status kerakyatan atau tanpa dokumen, dengan kebanyakannya daripada komuniti Bajau Laut.

    Sementara itu, bagi kanak-kanak tanpa dokumen dengan sekurang-kurangnya ibu atau bapa berstatus warga, Wong menegaskan mereka telah dibenarkan masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan sejak 2008.

    Untuk mendaftar, katanya pelajar perlu memiliki surat sokongan yang mengesahkan ibu atau bapa mereka berstatus warga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah