34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN Kelantan hampir 2 tan minyak masak di pangkalan haram

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas hampir dua tan minyak masak bersubsidi dan tiga kenderaan dengan nilai keseluruhan RM20,000 menerusi operasi khas di pangkalan haram Lan Bundle, Lubok Gong dekat Pasir Mas, tengah malam tadi.

    Timbalan Pengarah KPDN Kelantan Aswadi Jaafar berkata serbuan dilakukan pada 12.30 tengah malam oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor dan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am semasa sekumpulan lelaki sedang memunggah minyak masak di tebing Sungai Golok.

    “Semua suspek melarikan diri menggunakan perahu ke arah negara jiran selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. Pemeriksaan lanjut menemukan 500 kilogram (kg) minyak masak paket di tebing sungai manakala selebihnya dalam dua Proton Waja serta Proton Wira Aeroback,” katanya. 

    Aswadi berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Tumpat, hari ini. 

    Dia berkata minyak masak seberat 1,983 kg dan kenderaan itu dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dilakukan Bahagian Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas.

    MENARIK:  PM beri teguran keras, nasib Majlis Profesor Negara  belum jelas

    Dalam perkembangan lain, Aswadi berkata sebanyak 140 tindakan kes dilakukan dari awal Januari hingga 11 Feb melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai keseluruhan rampasan RM439,666.

    Dia berkata daripada jumlah itu, 91 kes kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 direkodkan dengan nilai mencecah RM88,197 serta sitaan 46 buah kenderaan berjumlah RM204,600 dan 32 tangkapan.

    “Majoriti kes melibatkan rampasan petrol bernilai RM25,022, tepung gandum (RM22,441), minyak masak (RM19,582) manakala selebihnya gula (RM13,967), diesel (RM4,388) dan gas memasak (RM2,794),” katanya.

    Dia menegaskan KPDN akan terus memperketat kawalan terutama di semua pangkalan haram yang belum dirobohkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba melakukan aktiviti penyelewengan di sempadan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah