29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KP Nadma selaras operasi bantuan bencana di Sabah

    Shopee Sale

    Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kini berada di Sabah bagi menyelaras operasi bantuan bencana bersama agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta jawatankuasa bencana peringkat negeri dan daerah.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata koordinasi itu dibuat susulan kelulusan segera peruntukan RM10 juta dari Tabung Bencana Negara yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

    “Melalui RM10 juta ini, bantuan bukan hanya diberikan secara tunai kepada setiap keluarga yang rumah mereka terjejas akibat tanah runtuh atau banjir, tetapi juga akan digunakan untuk pembinaan rumah baru Projek Perumahan Rakyat Sementara (PPRS) bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal,” katanya dalam sidang media di Butterworth hari ini.

    MENARIK:  Lepas aktivis roboh kuil, tiga MP k'jaan seru bertenang

    Ahmad Zahid berkata kerjasama erat dengan Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan jawatankuasa peringkat daerah akan menentukan jumlah sebenar rumah yang perlu dibina untuk mangsa bencana.

    “Ini penting supaya bantuan yang diagihkan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

    Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menegaskan kerajaan komited memastikan kebajikan mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah diberi perhatian sewajarnya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah