28 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khidmat pengendali kantin parlimen digantung

    Shopee Sale

    Perkhidmatan pengendali kantin parlimen, Pak Tam Catering digantung selepas ia mendapat notis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

    Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul pada sesi petang perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat jawatankuasa hari ini.

    Katanya, parlimen menyokong penuh langkah yang telah diambil oleh KKM mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala di kantin berkenaan.

    "Parlimen Malaysia mengambil maklum tindakan KKM dalam penutupan kafe diaras satu bangunan parlimen yang dikendalikan oleh Pak Tam Catering Sdn Bhd untuk tujuan pembersihan dan beberapa penambahbaikan penyediaan makanan dan minuman.

    MENARIK:  'Dipukul dan diseksa': Warga asing kongsi pengalaman ngeri di depoh imigresen

    "Parlimen Malaysia menyokong keputusan dan saranan KKM dan telah hentikan serta-merta perkhidmatan pengendalian Pak Tam Catering sehingga mendapat kelulusan daripada pihak KKM selanjutnya," katanya.

    Johari memaklumkan perkara itu bagi menjawab perkara yang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) dan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berhubung penutupan kantin berkenaan semalam.

    Semalam, KKM mengarahkan kantin di aras satu bangunan parlimen itu ditutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati ia tidak bersih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah