27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes peras ugut, pukul: Dua polis trafik dilepas dengan jaminan polis

    Shopee Sale

    Dua anggota polis trafik berpangkat koperal yang direman tiga hari bermula Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh pada Jumaat lepas, dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

    Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pada masa ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes sebelum dirujuk kepada timbalan pendakwa Rraya untuk tindakan selanjutnya.

    "Pihak polis sedang menunggu laporan perubatan untuk mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa dalam menyiapkan sepenuhnya kertas siasatan ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Muhammad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  Tak timbul isu PM balik awal untuk ulas isu dakwaan rasuah

    Kedua-duanya yang berusia awal 30-an dilaporkan ditahan pada Jumaat selepas polis menerima laporan bahawa lelaki warga Bangladesh itu dipercayai dipukul dan diperas ugut oleh mereka dan nilai wang dipercayai diterima daripada peras ugut itu ialah sebanyak RM700.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah