25.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes cabul: Doktor dibebaskan dengan jaminan polis

    Shopee Sale

    Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

    Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi berkata setakat ini, belum ada suspek atau saksi lain yang dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

    Semalam, Hafezul Helmi dalam kenyataan berkata doktor berkenaan ditahan Rabu lepas susulan laporan yang dibuat remaja itu sehari sebelumnya.

    Menurutnya mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Changkat Melintang.

    MENARIK:  Anwar kecam dasar Barat terhadap Gaza sebagai tak bermoral, hipokrit

    Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah