30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kertas siasatan kes serangan libatkan kerabat dihantar semula beberapa hari lagi

    Shopee Sale

    Polis sedang menyusun semula kertas siasatan berhubung kes serangan yang didakwa melibatkan seorang anggota kerabat diraja Pahang dan akan menyerahkannya semula dalam masa terdekat.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain dipetik Bernama berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi ia dipulangkan semula kepada polis untuk siasatan lanjut.

    "Kertas siasatan itu telah dipulangkan untuk siasatan lanjut, kita juga telah mengambil tindakan dan mungkin dalam tempoh tiga hingga empat hari siasatan selesai dan kita akan serahkan semula untuk tindakan selanjutnya,“ katanya pada sidang media di ibu pejabat polis kontinjen Pahang di Kuantan.

    Minggu lepas, Malaysiakini melaporkan pekerja pembinaan jalan, Alias Awang, 44, mendakwa telah ditikam dan ditembak oleh sekumpulan 20 orang, termasuk seorang anggota kerabat diraja Pahang.

    Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kandang kuda di Kuantan pada 6 Jun.

    MENARIK:  Pempengaruh cosplay dakwa gambar disunting jadi bogel, polis buka siasatan

    Susulan laporan Malaysiakini, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan polis menjalankan siasatan yang adil dan telus.

    Tengku Hassanal menegaskan ahli kerabat diraja juga tidak terkecuali daripada undang-undang.

    Malaysiakini masih belum menerima maklum balas daripada kerabat diraja yang didakwa terlibat dalam kes ini walaupun telah cuba menghubunginya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah