25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerjasama dalam kerajaan perpaduan masih di tahap baik

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata hubungan dan kerjasama kerajaan perpaduan bersama parti gabungannya Umno dan BN masih di tahap baik.

    Dia juga berkata pada masa ini kerjasama dengan Umno adalah sangat memuaskan.

    “Jadi untuk masa hadapan, itu kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,” katannya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Semalaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

    Anwar mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semasa perhimpunan agung parti itu semalam yang memberi amaran supaya ahlinya tidak terbuai dengan fitnah dan tohmahan pihak lawan sehingga terbit rasa sangsi sesama sendiri.

    MENARIK:  Kabinet setuju perjanjian Ocean Infinity cari bangkai pesawat MH370

    Ketika menyampaikan ucapan dasar di hadapan lebih 2,000 perwakilan, Ahmad Zahid mahu setiap ahli dan pemimpin termasuk majlis kerja tertinggi mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuat parti agar Umno kembali dominan pada PRU akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah