31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan persekutuan, Sarawak setuju RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.

    Dia berkata jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua pihak sedang memperhalusi aspek perundangan bagi memastikan semua obligasi disempurnakan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2023 [Akta 59], sebelum tarikh kuat kuasa akta tersebut ditetapkan.

    MENARIK:  MP Paya Besar dilantik pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

    "Langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan Sarawak mengambil alih selia serta mengurus tadbir Pelabuhan Bintulu secara rasmi.

    "Kerajaan Persekutuan juga telah menetapkan nilai bayaran serta kaedah pembayaran yang perlu diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi tujuan pengambilalihan pelabuhan berkenaan,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah