25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kementerian Perpaduan sedia bantu selaras isu penganut agama

    Shopee Sale

    Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.

    Menerusi ciapan di laman X hari ini beliau berkata Kementerian Perpaduan juga telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan Keharmonian Antara Penganut Agama antaranya menerusi penubuhan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni).

    “Antara usaha diambil ialah penubuhan tiga biro di bawah Harmonu iaitu Biro Pengurusan Program dan Promosi, Biro Pendidikan dan Penerangan dan Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi.

    “Di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional terdapat Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama (BKAPA),” katanya.

    MENARIK:  RCI Batu Puteh kekal tertutup, diketuai bekas ketua hakim

    Selain itu katanya kementerian juga telah melancarkan Inisiatif Harmoni Madani pada April 2024 menerusi pelbagai program seperti Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Dialog Harmoni, Jejak Harmoni, Podcast Bicara Harmoni dan Wacana Harmoni.

    Menurut Aaron antara libat urus yang pernah diadakan tahun lepas termasuk Sinergi Advokasi Pemakanan Kanak-Kanak Dengan Memperkasakan Peranan Rumah Ibadat Dalam Menyampaikan Mesej Dan Maklumat Berkaitan Masalah Beban Berganda Malpemakanan.

    Kementerian Perpaduan turut mengadakan Sesi Libat Urus Berkaitan Isu Kuil Di Tapak Hospital Kuala Lumpur dan Sesi Libat Urus Isu Penempatan Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Agensi-Agensi Kerajaan, katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah