30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kedah sedia rangka garis panduan larangan bela anjing spesies garang

    Shopee Sale

    Kerajaan Kedah akan merangka garis panduan yang berkemungkinan besar melibatkan larangan membela anjing daripada spesies garang sebagai haiwan peliharaan di kawasan perumahan.

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria berkata keputusan itu diambil berikutan insiden lima individu diserang dua ekor anjing jenis Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat Baling pada Selasa lepas.

    "Anjing jenis garang tidak sesuai dibela di kawasan taman perumahan. Lebih-lebih lagi, selepas dua kes yang berlaku, kejadian baru-baru ini sangat serius kerana melibatkan lima mangsa, termasuk beberapa yang parah dan memerlukan pembezahan.

    "Ada mangsa yang trauma akibat kejadian ini. Mereka berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin, dan kerana itu, kita akan merangka garis panduan untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Akaun WhatsApp menteri KDN Saifuddin digodam

    Mansor yang telah melawat semua mangsa di hospital kerajaan dan swasta berkata keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

    Dia berkata hasil perbincangan dengan pemilik anjing terbabit, mereka bersetuju untuk menyerahkan haiwan itu kepada pihak veterinar untuk dilupuskan.

    Sebelum ini, Bernama melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua anjing terbabit yang terlepas dari sangkar.

    Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Shaharul Amar Talib berkata dua anjing terlibat telah dilupuskan semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah