25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran: Lelaki pilu, tiga kali cuba gagal selamatkan ibu dan dua beradik

    Shopee Sale

    Pilu hati seorang lelaki apabila terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu dan dua adik-beradiknya serentak dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di Pulau Pinang pagi tadi.

    Lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid, 30, berkata dia cuba masuk tiga kali ke premis itu bagi menyelamatkan ibunya Nurul Bowjiya, 58, abangnya Muhamad Ibrahim, 33, dan adik perempuannya Rahbiah Jasmin, 20, namun gagal kerana api marak dengan cepat.

    Rashid berkata ketika kejadian mereka tiga beradik sedang tidur di tingkat atas manakala ibunya berada di tingkat bawah.

    "Ibu menjerit selepas menyedari terdapat asap di bahagian depan rumah kedai sebelum saya dan abang terus bergegas turun untuk menyelamatkan diri.

    "Ibu cuba ambil air untuk padamkan api dan ketika itu ibu sedar bahawa adik perempuan (Rahbiah) masih berada di tingkat atas sebelum dia naik semula (tingkat atas) diikuti abang saya, ketika itu saya sudah berada di luar rumah kedai," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Balik Pulau di Pulau Pinang hari ini.

    Rashid yang tinggal sebatang kara berkata dia kehilangan kata-kata apabila dimaklumkan ketiga-tiga beranak itu terperanangkap dan meninggal dunia dalam kejadian itu.

    MENARIK:  'Kartel dedak ayam' - 5 syarikat dapat tangguh bayar denda RM415.5 juta

    "Mereka ikut jalan yang salah untuk keluar iaitu pintu hadapan kerana api sedang marak, kalau ikut pintu belakang mungkin mereka sempat selamatkan diri," katanya.

    Menurut Rashid rumah kedai berkenaan adalah warisan daripada datuknya dan keluarga mereka menjalankan perniagaan peralatan rumah seperti tikar serta permaidani di situ sejak lebih 20 tahun lepas.

    Terdahulu, dalam kebakaran kira-kira 7 pagi itu seorang ibu dan dua anaknya maut manakala seorang lagi terselamat.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 7.02 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau Mohd Faris Mansor pula berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.06 pagi dan terus ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah