30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kastam S’wak rampas ganja bernilai lebih RM2.5 juta

    Shopee Sale

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah jenis ganja bernilai RM2.578 juta menerusi serbuan di sebuah premis syarikat kurier di Miri pada 13 Mei lepas.

    Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi, hasil maklumat risikan Unit Kargo Udara, Cawangan Perkastaman Miri.

    "Bertindak atas maklumat terbabit, sepasukan pegawai daripada Unit Narkotik JKDM Miri telah menjalankan pemeriksaan terhadap lima kotak kiriman yang tidak dituntut di premis syarikat kurier berkenaan di Jalan Pos, 98000 Miri.

    MENARIK:  Fitnah: Mahkamah ketepi perintah Chegubard bayar ganti rugi RM550,000 pada Farhash

    "Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 98 bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah jenis ganja dengan anggaran berat kasar 26.313 kilogram," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Norizan berkata modus operanandi sindiket adalah dengan menyeludup dadah berbahaya dari Semenanjung Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier dan mengisytiharkannya sebagai barangan pakaian bagi mengaburi pihak berkuasa.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah