24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kapal China di perairan S’wak: Jangan berulang Batu Puteh – Khaled

    Shopee Sale

    Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin menegaskan pentingnya kehadiran berterusan pasukan keselamatan mengawal perairan Malaysia untuk mengelakkan berlaku satu lagi insiden "Pulau Batu Puteh".

    Khaled menjawab dakwaan penampakan kapal Pengawal Pantai China di perairan Sarawak oleh sekumpulan nelayan tempatan pada minggu lepas.

    Untuk rekod, China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan yang dinamakan sembilan garisan putus, termasuk kawasan perairan Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara.

    Khaled berkata menjadi perkara biasa bagi kapal-kapal asing melalui perairan Malaysia dan menegaskan mengapa kehadiran berterusan pihak berkuasa amat penting untuk menjaga kedaulatan negara.

    "Kita tidak nafikan bahawa kapal-kapal dari negara asing memang selalu kerana mereka juga nak tunjukkan mereka tuntut kawasan itu, seperti juga kita.

    "Kita perlu berada di sana sepanjang masa sebab kita juga nak beritahu itu kawasan kita," katanya pada sidang media hari ini.

    Pada masa lalu, kapal pengawal pantai China sering dikesan berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak - kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh negara itu dan Malaysia.

    Beting Patinggi Ali terletak kira-kira 84 batu nautika (155km) daripada pantai Miri dan lebih 2,000km dari tanah besar China.

    Sembilan garisan putus Laut China Selatan, wilayah yang dituntut China.

    Kementerian Luar Wisma Putra beberapa kali mengemukan bantahan mengenai pencerobohan perairan negara antaranya dengan memanggil duta besar China ke Malaysia.

    MENARIK:  Wan Saiful turut dipanggil siasatan kes jatuhkan kerajaan

    Pada 2020, Laporan Ketua Audit Negara (KAN) Siri 3 mendedahkan kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Pla) direkod menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.

    Ketua audit negara juga mengambil maklum kerajaan China tidak menghiraukan nota bantahan berhubung pencerobohan itu.

    Laporan itu berpendapat isu pencerobohan China merupakan perkara serius terhadap kedaulatan dan keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah