34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakak Mat Sabu meninggal dunia pada usia 76 tahun

    Shopee Sale

    Kakak kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Zainab Sabu meninggal dunia hari ini pada usia 76 tahun.

    Perkara itu dimaklumkan Mohamad menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    “Allahyarhamah adalah seorang yang cukup penyayang, tabah dan banyak berkorban dalam kehidupan kami sekeluarga. Pemergiannya satu kehilangan besar yang amat dirasai.

    “Pada ketika ini, saya sedang dalam perjalanan ke Rome (Itali) atas urusan rasmi kerajaan. Hati ini begitu berat kerana tidak dapat bersama keluarga pada saat-saat akhir pemergian arwah kakak tercinta,” katanya.

    MENARIK:  Pemuda Bersatu sindir Fahmi: Jangan jadi goblok pertahan Blackrock

    Presiden Parti Amanah Negara itu turut memohon orang ramai mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

    “Terima kasih atas doa dan ingatan daripada semua. Al-Fatihah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah