25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka selesai hujung bulan ini

    Shopee Sale

    Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu kota termasuk pengundian Datuk Bandar Kuala Lumpur dijangka selesai pada hujung bulan ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata kajian yang dilaksanakan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu sedang dilaksanakan ketika ini dan laporan interim telah dibentangkan kepada kerajaan.

    “Lepas bulan Mac mereka (UIAM) siapkan, jika tidak mereka akan berjumpa dengan kita. Mereka dah berjumpa sekali dan dah ada laporan interim, tetapi sesi temu bual (dengan pihak berkepentingan) masih berjalan.

    “Itu (pembentangan pada Jemaah Menteri) belum lagi, saya kena tunggu kajian dulu,” katanya pada sidang media mengenai pengukuhan kesedaran keselamatan kebakaran di bangunan strata berketumpatan tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Fitnah - menantu Musa adukan artikel Mkini ke polis

    Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta semua pihak agar tidak memandang rendah keupayaan universiti awam seperti UIAM untuk melaksanakan kajian berhubung kebolehlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

    Pada 3 Feb lepas, Hannah berkata kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya PBT di ibu kota termasuk pengundian Datuk Bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak pentadbiran Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.

    Beliau berkata kajian berkenaan bermula sejak Disember lepas susulan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah