33.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JPJ perlu tambah baik perkhidmatan pelanggan – KSN

    Shopee Sale

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menambah baik taraf perkhidmatan dan memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

    Beliau berkata demikian dalam hantaran menerusi laman Facebook selepas mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya semalam.

    “Proses kerja (masa menunggu) agak lama. Justeru, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk mencari kaedah yang bersesuaian bagi memendekkan masa menunggu.

    “Selain itu, ruang menunggu perlu ditambah baik bagi mendapatkan persekitaran yang kondusif dan mesra pelanggan (terdapat kerosakan kerusi dan juga tiada kipas).

    “Saya telah mengarahkan Putrajaya Holdings untuk mengambil tindakan segera dalam minggu ini,” katanya.

    Shamsul Azri berkata lawatan berkenaan bertujuan meninjau operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai susulan penambahan waktu pengoperasian kaunter selama satu jam berkuat kuasa pada 19 Ogos lepas di beberapa negeri terpilih.

    MENARIK:  Hari Pahlawan: Hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas dan anggota JPJ yang telah bertungkus-lumus memberikan khidmat yang baik kepada pelanggan dan turut meminta semua jabatan kerajaan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah