27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JPJ Kelantan nafi kenderaan jabatan punca kemalangan

    Shopee Sale

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan kenderaan jabatan sebagai punca kemalangan di KM 85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, seperti yang tular di media sosial.

    Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat berhubung insiden berkenaan.

    "Dakwaan menyatakan kemalangan tersebut berpunca daripada JPJ mengejar lori seperti yang ditularkan dalam video berdurasi 34 saat adalah tidak benar dan tidak berasas.

    "Kenderaan jabatan pada ketika itu sedang melaksanakan rondaan rasmi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2026," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Anak editor kanan meninggal dunia

    Misuari berkata anggota terlibat juga mematuhi prosedur operasi standard serta peraturan lalu lintas yang ditetapkan sepanjang menjalankan tugas.

    Beliau berkata siasatan lanjut adalah di bawah bidang kuasa polis dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan lengkap dijalankan.

    MENARIK:  PN sokong gesaan polis terus siasat dakwaan pengiring kerabat pukul OKU

    "Kami turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

    Dalam kejadian semalam, anak kepada editor kanan Astro Awani Husna Yusop iaitu Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan kira-kira 4.30 petang itu.

    Kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju Rantau Panjang, Pasir Mas datang dari arah bertentangan telah terbabas memasuki lorong kanan dan melanggar Toyota Fortuner milik JPJ di bahagian sisi sebelah kanan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah