33.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jerman tolak cadangan misi Eropah di Selat Hormuz

    Shopee Sale

    Menteri Luar Jerman pada Selasa menolak idea mengenai misi ketenteraan Eropah yang bebas untuk melindungi kapal dagang di Selat Hormuz, dengan menyatakan bahawa pasukan Eropah kekurangan keupayaan yang diperlukan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    "Saya tidak percaya Eropah patut mengambil langkah bersendirian dalam hal ini," kata Menteri Luar Johann Wadephul pada sidang media di Berlin ketika ditanya sama ada negara-negara Eropah boleh melancarkan operasi sendiri bagi melindungi kepentingan ekonomi mereka.

    "Saya berpendapat ia tidak masuk akal, sekurang-kurangnya bagi Kerajaan Jerman. Jika angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) tidak mampu menyediakan keselamatan ketenteraan, maka pasukan Eropah juga berkemungkinan besar tidak mampu melakukannya," kata Wadephul.

    MENARIK:  Sanusi: Kedah akan kawal penjualan vape sebelum putuskan larangan

    Diplomat tertinggi Jerman itu turut menolak kemungkinan Eropah mengadakan rundingan perjanjian berasingan dengan Iran bagi menjamin laluan selamat untuk kapal-kapal Eropah.

    Beliau berkata Berlin mahu konflik semasa dihentikan secepat mungkin dan sedang menunggu AS serta Israel memuktamadkan objektif ketenteraan mereka, sekali gus membuka jalan kepada rundingan diplomatik.

    "Akhir sekali, pelayaran selamat di rantau ini hanya boleh dijamin dalam rangka kerja seni bina keselamatan baharu, dan itulah yang perlu kita usahakan," kata Wadephul sambil menambah bahawa ini memerlukan perbincangan dengan negara-negara di rantau berkenaan.

    Sudah tentu, dalam susunan pasca peranang, kami juga bersedia untuk menggalas tanggungjawab bagi memastikan jaminan ini berterusan," katanya

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah