25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenazah dua penuntut UiTM Dungun selamat dikebumikan

    Shopee Sale

    Jenazah dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun semalam, selamat dikebumikan hari ini.

    Jenazah Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Seri Pristana di Sungai Buloh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliyah Saujana Utama, di Sungai Buloh pada 6.30 petang tadi.

    Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri ratusan orang dengan beberapa ahli keluarga Allahyarham Ku Adib Aizad dilihat tidak dapat menahan sebak sepanjang pengebumian.

    Bapa Allahyarham, Ku Azmi Saad, 47, berkata beliau menerima berita mengenai kejadian yang meragut nyawa anak sulung daripada empat beradik itu ketika sedang dalam perjalanan untuk mengerjakan ibadah umrah di Makkah bersama isteri, Hafizah Iszahanid, 48.

    Beliau berkata mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 5.35 petang dan tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 9.13 malam waktu Jeddah.

    "Setelah tiba di Jeddah, saya terkejut apabila menerima mesej daripada keluarga dan rakan-rakan mengenai kematian anak saya. Agensi yang menguruskan perjalanan kami ke Makkah telah membantu mendapatkan tiket pulang paling awal ke Kuala Lumpur dan kami berlepas pada 1.55 pagi waktu Jeddah dan tiba di KLIA kira-kira 3.33 petang tadi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

    Ku Azmi berkata kali terakhir beliau bertemu Ku Adib Aizad pada Jumaat lepas ketika menghantar anaknya itu pulang ke Kampus UiTM Dungun.

    MENARIK:  Ustaz Mad Kecik sempat hubungi ibu sebelum ditahan tentera Israel

    "Anak saya ini seorang yang gemar membantu terutama rakan-rakannya, yang kita dapat lihat ramai daripada mereka hadir pengebumian hari ini. Di rumah, kami sering bergurau tentang bola sepak dan memancing, hari ini saya telah kehilangan kawan bola sepak dan memancing saya," katanya.

    Sementara itu jenazah Allahyarham Khairil Anwar Jamaludin, 20, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang kira-kira 4 petang tadi.

    Bapa Allahyarham, Jamaludin Hussin, 53, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu seorang yang baik hati dan penyayang serta menurut segala permintaan ibu bapa tanpa sebarang persoalan.

    “Dia memang anak yang baik hati, penyayang dan tidak pernah melenting apabila dimarah. Sejak kecil pun, dia tidak pernah buat peranangai," katanya.

    Jamaludin berkata Allahyarham bercita-cita untuk menjadi akauntan dan mempunyai peranancangan untuk mengambil peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah