32 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jenayah tradisional mula ‘berpindah’ ke alam siber, kata Fahmi

    Shopee Sale

    Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

    Dalam catatan terbaru di Facebooknya, beliau berkata pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

    “Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.

    MENARIK:  Polis teliti semula kertas siasatan Teoh Beng Hock - Shuhaily

    Fahmi sebelum ini berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah