27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jawatan ketua cabang PKR di Kelantan jadi rebutan ramai

    Shopee Sale

    Walaupun keberadaan PKR di Kelantan kurang menyerlah, bahkan gagal menenangi sebarang kerusi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pengundian parti itu tetap menyaksikan kemeriahan pesta demokrasi.

    Meski berstatus pembangkang di negeri dikuasai PAS, perjawatan parti komponen PH itu dilihat semakin menjadi rebutan ramai khususnya di peringkat cabang, yang akan ditentukan pada 24 Mei nanti.

    Ini dibuktikan apabila penyertaan bagi pengundian ketua-ketua cabang banyak melibatkan persaingan melebihi satu lawan satu.

    Seramai 44 calon mengambil peluang untuk bertanding merebut jawatan ketua cabang bagi 14 cabang di seluruh negeri setakat ini.

    Bagaimanapun jumlah calon itu berdasarkan pencalonan awal, tidak mengambil kira keputusan selepas proses bantahan dan rayuan yang berakhir 28 Mac nanti.

    Semakan Malaysiakini mendapati cabang Machang merekodkan penyertaan tertinggi apabila enam individu tampil menjadi calon bagi jawatan ketua cabang.

    Bagi cabang Kota Bharu, Pasir Mas, Kubang Kerian dan Bachok pula masing-masing bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan itu.

    Selain itu, cabang Tumpat, Jeli, Kuala Krai dan Pasir Puteh akan disaingi dari tiga penjuru.

    Cabang yang berdepan pertembungan satu lawan satu melibatkan cabang Rantau Panjang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Gua Musang dan Tanah Merah.

    Cabang Tanah Merah dilihat bakal menjadi tumpuan apabila penyandang ketua cabang yang juga Pengerusi PKR Kelantan Mohamad Suparadi Md Noor yang akan dicabar lawannya, Hanuzi Zaharim.

    Tumpuan menarik juga terarah ke cabang Pasir Mas yang akan menyaksikan penyandang ketua cabangnya, Aina Sayuty.

    Aina yang juga pengarah komunikasi PKR Kelantan bakal dicabar tiga calon lain iaitu Mohd Sabri Mat Deris, Mohd Izham Ramli dan Mohammad Azmi Abu Bakar.

    Ditanya mengenai tanggapannya apabila mendapat tentangan sehingga wujudnya pertandingan 4 penjuru pada pengundian kali ini, Aina berkata perkara itu menunjukkan bahawa PKR Kelantan mempunyai banyak pemimpin di peringkat akar umbi.

    Aina Sayuty

    “Saya tidak sangat melihat pengundian empat penjuru ini sebagai tentangan kepada saya. Ia adalah satu proses pengundian, penilaian, pendidikan, perbincangan di kalangan 6,188 anggota (ahli) cabang, khasnya 2,100 lebih anggota yang telah berdaftar sebagai pengundi bagi pengundian 2025 kali ini.

    MENARIK:  SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy

    “Semua proses ini sangat penting dalam membentuk pasukan kepimpinan PKR yang terbaik di peringkat cabang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Penyandang Naib Ketua PKR Cabang Bachok Mohamad Zulfadly Ruslan membuat penampilan berani apabila turut bertanding merebut jawatan ketua cabang.

    Katanya, keputusan ini diambil setelah meneliti pandangan rakan seperjuangan, serta sokongan keluarga dan masyarakat yang mengharapkan perubahan dan metamorfosis dalam kepimpinan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang berintegriti dan berwibawa.

    “Pemilihan di peringkat cabang kali ini adalah untuk merealisasikan hasrat dalam menuju transformasi dan reformasi dalam pengurusan dan pentadbiran cabang Bachok yang lebih cekap, telus dan berintegriti bertunjangkan kepada prinsip keadilan, kebajikan dan ketelusan,” katanya.

    Muhd Hafiz Muhd Kasasi

    Sementara itu bagi persaingan cabang Kota Bharu, salah seorang calonnya Muhd Hafiz Muhd Kasasi berkata penyertaan sudah tentu dalam usaha menggarap nilai demokrasi dan agenda reformasi yang menjadi asas utama PKR.

    Justeru katanya, apabila tiba musim pengundian parti sesiapa sahaja yang merasakan layak dan mampu untuk mengangkat nama keadilan ke satu tahap yang tinggi bersama inspirasi kepimpinan di peringkat nasional tidak salah untuk bersaing secara kekeluargaan dalam pengundianan bertanding apa-apa jawatan sekalipun.

    “Antara fakror utama banyak penyertaan dalam pengundian kali ini kerana PKR kini merupakan sebuah parti kerajaan yang mana sama juga berlaku ketika 2018 semasa kerajaan PH 1.0

    “Ini hakikat yang memang kita anggota parti mahupun pimpinan parti kena terima. Tapi ia tidak menjadi masalah kerana ini membuktikan betapa PKR sebuah parti yang membuka ruang seluas-luasnya diperingkat cabang khusus bagi melahirkan pimpinan pelapis dimasa akan datang.

    “Ini harus berlaku agar PKR menjadi parti yang tidak ketandusan pemimpin pada masa akan datang dan mencipta kesinambungan pimpinan di setiap peringkat,” katanya.

    Untuk rekod PKR mempunyai 124, 613 keahlian di seluruh Kelantan dengan jumlah ahli tertinggi di Gua Musang dan Bachok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah